Semalam saya terbaca majalah solusi yg dibeli oleh adik saya. Hmmm, bagus isi kandungan majalah ni. Ada beberapa ungkapan/ayat yang saya suka - Marah itu Mudah, Sabar itu Indah dan Sabarlah dalam bersabar.
Isu yang dibincangkan pada keluaran kali ini adalah SABAR. Bagaimana untuk mengawal diri daripada amarah, bagaimana untuk belajar bersabar, dan mcm2 lagilah. Kepada sesiapa yang sukar untuk mengawal kemarahan dan bersabar, sila beli majalah ini ye...hehehe....Hakikatnya, mmg sukar untuk mengawal emosi dan bersabar apabila ada ujian atau musibah yang menimpa kita. Semua persoalan tentang ini dikupas dan dibincangkan dengan mendalam dalam majalah solusi ni. Soalan yang sentiasa dibangkitkan adalah - Mengapa aku yang ditimpa masalah? Kenapa Allah menguji aku sebegini rupa? Apakah kesalahan yang telah aku lakukan sehingga berat benar ujian yang melanda? Hmm, jawapan yang diberi - Sebagai makhluk ciptaan Allah, kita sebenarnya layak untuk diberi ujian, tidak kira bagaimana bentuk ujian Allah itu. Kita ini hanyalah hamba kepadaNya, maka redhalah dengan segala bentuk ujian atau musibah yang menimpa. Allah lebih mengetahui perkara yang ghaib itu, sedangkan kita tidak.
Tiba2 saya terasa betapa kerdil sangat diri ini. Betapa sebenarnya Allah itu sangat menyayangi hambaNya dan dengan itu diberi setiap satu daripada kita dengan ujian dan musibah untuk kita sentiasa dekat denganNya. Oleh itu, janganlah kita cepat melatah, menyalahkan takdir dan sebagainya. Sesungguhnya, orang yang banyak bersabar itu balasannya adalah syurga. Aminnnn....