Sekarang pergi kerja guna kereta adik. Kereta kurap saya dah hantar masuk bengkel. Banyak gak la berabis duit untuk baiki semula kereta kurap kesayangan saya tuh. Huhuhuhuhu-pejam mata jeh membayar segala kos2 baik pulih enjin. Itu baru enjin, belum lagi kos untuk spray semula cat kereta. Adehhhhh '=(
Tp takpe lah, janji kereta kurap ku itu selamat untuk dipandu dan sedap mata memandang!! Hahahahaha. Terbeliak gak la mata masa dapat tau kos baiki enjin n kos nak spray cat. Nak buat macamana kan. Kereta kurap saya tu dah teruk sangat keadaannya. Kesian kat kereta kurap saya sbb saya abaikan penjagaannya selama ni. Harap2 selepas ni saya akan menjaga kereta kurap saya itu dengan sepenuh jiwa n raga.
Cukup tidak sabar untuk melihat kereta kurap ku itu selepas dibaiki nt. Hehehehe =)
p/s: Err, nak panggil apa ye kereta kurap saya tu selepas semua kurap2 nya hilang?? Nama tu dah sebati sangat dah dengan kereta tu selama ni...hmmmm