Siapa cepat dia dapat!!! Sesiapa yang berminat dengan saham Bank Rakyat sila pergi beli dengan segera ye sebelum kehabisan. Tp maksimum pembelian cuma RM500 je, tak bleh nak beli lebih daripada tu.
So, arini saya time-off konon nye nak beli saham lah. Sampai kat bank rakyat kuantan pukul 11.30am. Fuhhhh!!! Sesak giler!!! Dah lah nak mencari parking sekian hal. Beratur amik no pas bagitau nak buat penambahan saham. Kalu sesiapa yang belum pernah beli saham, kena bayar extra RM5 untuk bukak buku, jadi kesemuanya RM505.00 lah ye. Saya pernah beli saham sebelum ni jadi selamatlah RM5 tu...hahahaha. Dpt no giliran 2073. Tengok kat skrin no giliran baru 2048!! TIDAKKKKKK.......
Nak tak nak, kena lah menunggu kat situ. Kena bawak salinan ic ye, sbb saya tak tau pasal salinan tu jd terpaksa lah menapak untuk pergi ke kedai yang berhampiran untuk carik mesin fotostate. Tunggu punya tunggu, pukul 12.45pm baru selesai. Dalam hati cuak jugak sbb letak kupon parking keta untuk sejam je. Kang tak pasal2 kena saman parking plak, melayang RM5 tau? Seb baik tak kena saman, alhamdulillah.
Sekarang hati sangat gumbira sbb dapat beli saham. *wink-wink* (^____^)
No comments:
Post a Comment