Bilakah waktu yang paling sesuai untuk membeli emas?
Sebenarnya, tiada waktu khusus untuk kita membeli EMAS. Jika anda ada modal terus beli. Jika ketika itu harga emas mahal, emas tu anda simpan. Jika harga emas rendah, anda boleh pajakan emas tersebut di ar rahnu dan dapatkan tunai. Duit tunai tersebut anda guna untuk membeli emas pada harga yang murah. Jika harga emas naik dan anda telah mendapat keuntungan, anda jual emas anda tersebut dan tebus semula emas yang telah anda pajakan.
Bilakah waktu yang paling sesuai untuk memulakan pelaburan emas?
Untuk memulakan pelaburan emas langkah utama yang perlu anda buat ialah, BELI EMAS!! Setelah itu anda gunakan sedikit duit anda untuk membuat pelaburan ILMU. Beli buku berkaitan pelaburan emas, hadiri seminar berkenaan pelaburan emas dan sentiasa bertanya orang yang arif tentang pelaburan emas. Laburkan sedikit masa anda untuk mencari maklumat di dalam internet berkenaan pelaburan emas dan anda juga boleh menyertai forum berkaitan pelaburan emas.
Sumber dari rahsiagold.com