welcome sign

Monday, September 12, 2011

ASB vs EMAS

Saya akan cuba menerangkan seobjektif mungkin mengenai kedua-dua pelaburan ini dan anda boleh membuat keputusan pelaburan mana yang lebih baik.  Kita lihat dahulu prestasi pelaburan ASB dan Emas untuk tiga tahun.  Saya mengambil data pada tarikh terakhir pelaburan emas dan data yang dikeluarkan Amanah Saham.

ASB
2007: +8 sen, bonus 1 sen atau 9%
2008: +7 sen, bonus 1.75 sen atau 8.75%
2009: +7.3 sen, bonus 1.25 sen atau 8.55%
total = +26.3%

Emas
2007: +$201.75/oz atau 31.92%
2008: +$36.00/oz atau 4.31%
2009: +$217.75/oz atau 25.04%
total = +61.27%

Perbezaan antara kedua-duanya: 34.97% atau 2.3 kali ganda perbandingan.  Performance kedua-duanya dibandingkan di atas.

Emas secara average 2.3 kali ganda lebih baik.  Walaupun ASB dikatakan mempunyai risiko lebih rendah, tetapi emas tidak memberi pulangan negatif sehingga 2010.  Walaupun harga emas kadangkala turun mendadak, ianya kerana orang ramai mengambil keuntungan daripada kenaikan harga.

p/s:  credit to rahsiagold.com =)

No comments:

Post a Comment