welcome sign

Friday, September 9, 2011

G.O.L.D

Cita-cita and antara wish-lists saya tahun ni adalah membeli GOLD!!  Awal tahun dulu nak beli kijang (emas), tp selepas difikir-fikirkan saya ubah fikiran.  Nak invest dalam gold ni kena ikut kemampuan kita sebenarnya.  Sebab itu saya cuma bermula dengan membuat Maybank Gold Investment Account (bukan emas fizikal ya).  Bukak akaun pun tak banyak mana pun, saya cuma beli 6 gram.  Cukuplah sebagai permulaan untuk saya berjinak2 dalam pelaburan emas ni.  Sebenarnya dapat info tentang pelaburan emas ni sudah lama, tp tiada langkah yang diambil untuk membeli emas (terasa sangatlah rugi, sbb sekarang harga emas melambung tinggi!!).  

Setelah membuka akaun emas di Maybank, saya tertarik dengan emas Public Gold.  Public Gold ada menawarkan emas secara fizikal (gold bar, dinar emas dan barang kemas).  Puas jugak berfikir berkali2 sebelum mengambil keputusan untuk membeli gold bar Public Gold ni.  Akhirnya saya membuat keputusan untuk menjadi dealer Public Gold (kalu nak beli emas silalah beli dengan saya ye!! hehehe...).

Memanglah banyak duit yang terpaksa dikeluarkan untuk menjadi dealer ni, tp saya yakin saya telah membuat keputusan yang tepat.  Why?? Nanti saya akan share dengan semua kebaikan melabur dalam emas ni okeh!!  Sharing is caring.  (^___^)

No comments:

Post a Comment