welcome sign

Showing posts with label emas. Show all posts
Showing posts with label emas. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Wish-lists 2012

So here goes...tak ikut turutan ye. (^__^)

1.  Menyimpan lebih banyak emas fizikal (gold bar, dinar n barang kemas).
2.  Pass every subject with flying color.
3.  Jadi anak yang solehah.
4.  Saving some money untuk menunaikan umrah or hajj - InshaAllah.
5.  Bawak bekal sendiri ke office.
6.  Bersenam/exercise more.
7.  Jalani gaya hidup sihat @ menjaga kesihatan diri.
8.  Makan lebih banyak buahan & sayuran everyday.
9.  Turunkan at least 500g or 1kg every month. 
10. Banyakkan amalan bersedekah dan berpuasa sunat.
11. Banyakkan beribadah n solat malam - InshaAllah.
12. Banyakkan membaca Al-Quran.
13. Do the right thing.
14. Berjimat cermat dalam perbelanjaan.
15. Etc, etc, etc....nt saya update lagi ye.

Hmm, kalau dilihat dari lists kat atas kebanyakannya lebih kepada kesihatan & rohaniah.  I want to be a better person, not a bitter person.  Semoga Allah perkenankan dan permudahkan segala urusan saya dan anda semua bagi tahun 2012 dan tahun2 yang akan mendatang...aminnnnn.

Friday, December 30, 2011

Bye bye 2011!!

Bye2 2011...apa yang korang dah capai tahun 2011 ni ek?  As for me, byk dalam my wishlists dah tercapai, tp tang turun berat badan je tak menjadi sgt...huhuhuhu...so taun 2012, top priority is to lose lots (tons) of weight!!!  YAKIN BOLEH!!!

Masih terpikir2 apakah wishlist lain for 2012.  Maybe Menyimpan lebih banyak emas (gold bar, dinar, brg kemas),  nak pergi umrah or hajj (inshaAllah jika Allah perkenankan doa-aminnnnn),  nak macam2 lagilah.  Nt saya tulis satu2 okeh (^__^).

Banyak kenangan tahun 2011 ni, yang manis tu okehlah kan, yang mana pahit kelat melukakan hati dan perasaan tu kena let go lah.  Start fresh for this coming 2012.  You can do it, YES you CAN!!  Caiyok2!!  

So all, be ready for 2012!!  Let the fun begin....(^___^)

Monday, September 12, 2011

Membeli dan melabur dalam EMAS

Bilakah waktu yang paling sesuai untuk membeli emas?

Sebenarnya, tiada waktu khusus untuk kita membeli EMAS.  Jika anda ada modal terus beli.  Jika ketika itu harga emas mahal, emas tu anda simpan.  Jika harga emas rendah, anda boleh pajakan emas tersebut di ar rahnu dan  dapatkan tunai.  Duit tunai tersebut anda guna untuk membeli emas pada harga yang murah.  Jika harga emas naik dan anda telah mendapat keuntungan, anda jual emas anda tersebut dan tebus semula emas yang telah anda pajakan.

Bilakah waktu yang paling sesuai untuk memulakan pelaburan emas?

Untuk memulakan pelaburan emas langkah utama yang perlu anda buat ialah, BELI EMAS!!  Setelah itu anda gunakan sedikit duit anda untuk membuat pelaburan ILMU.  Beli buku berkaitan pelaburan emas, hadiri seminar berkenaan pelaburan emas dan sentiasa bertanya orang yang arif tentang pelaburan emas.  Laburkan sedikit masa anda untuk mencari maklumat di dalam internet berkenaan pelaburan emas dan anda juga boleh menyertai forum berkaitan pelaburan emas.

Sumber dari rahsiagold.com

ASB vs EMAS

Saya akan cuba menerangkan seobjektif mungkin mengenai kedua-dua pelaburan ini dan anda boleh membuat keputusan pelaburan mana yang lebih baik.  Kita lihat dahulu prestasi pelaburan ASB dan Emas untuk tiga tahun.  Saya mengambil data pada tarikh terakhir pelaburan emas dan data yang dikeluarkan Amanah Saham.

ASB
2007: +8 sen, bonus 1 sen atau 9%
2008: +7 sen, bonus 1.75 sen atau 8.75%
2009: +7.3 sen, bonus 1.25 sen atau 8.55%
total = +26.3%

Emas
2007: +$201.75/oz atau 31.92%
2008: +$36.00/oz atau 4.31%
2009: +$217.75/oz atau 25.04%
total = +61.27%

Perbezaan antara kedua-duanya: 34.97% atau 2.3 kali ganda perbandingan.  Performance kedua-duanya dibandingkan di atas.

Emas secara average 2.3 kali ganda lebih baik.  Walaupun ASB dikatakan mempunyai risiko lebih rendah, tetapi emas tidak memberi pulangan negatif sehingga 2010.  Walaupun harga emas kadangkala turun mendadak, ianya kerana orang ramai mengambil keuntungan daripada kenaikan harga.

p/s:  credit to rahsiagold.com =)

Friday, September 9, 2011

Emas mahal??

Mungkin ramai yang fikir harga emas pada masa ini sangatlah mahal, jadi masing2 nak tunggu harga emas jatuh baru nak buat pelaburan.  Jika anda mempunyai lebihan tunai atau simpanan di bank, saya cadangkan beli emas sekarang sebelum harga semakin tinggi.  

Untuk pelaburan emas fizikal anda tidak perlu mengikut masa yang sesuai, ia kerana emas yang disimpan bukan untuk jangka masa pendek tetapi untuk jangka masa yang panjang.  Jika anda masih belum membuat pelaburan emas, lakukannya sekarang.  Walaupun anda rasa harga emas pada hari ini mahal, tapi percayalah harga emas pada tahun depan adalah lebih mahal dari hari ini.

G.O.L.D

Cita-cita and antara wish-lists saya tahun ni adalah membeli GOLD!!  Awal tahun dulu nak beli kijang (emas), tp selepas difikir-fikirkan saya ubah fikiran.  Nak invest dalam gold ni kena ikut kemampuan kita sebenarnya.  Sebab itu saya cuma bermula dengan membuat Maybank Gold Investment Account (bukan emas fizikal ya).  Bukak akaun pun tak banyak mana pun, saya cuma beli 6 gram.  Cukuplah sebagai permulaan untuk saya berjinak2 dalam pelaburan emas ni.  Sebenarnya dapat info tentang pelaburan emas ni sudah lama, tp tiada langkah yang diambil untuk membeli emas (terasa sangatlah rugi, sbb sekarang harga emas melambung tinggi!!).  

Setelah membuka akaun emas di Maybank, saya tertarik dengan emas Public Gold.  Public Gold ada menawarkan emas secara fizikal (gold bar, dinar emas dan barang kemas).  Puas jugak berfikir berkali2 sebelum mengambil keputusan untuk membeli gold bar Public Gold ni.  Akhirnya saya membuat keputusan untuk menjadi dealer Public Gold (kalu nak beli emas silalah beli dengan saya ye!! hehehe...).

Memanglah banyak duit yang terpaksa dikeluarkan untuk menjadi dealer ni, tp saya yakin saya telah membuat keputusan yang tepat.  Why?? Nanti saya akan share dengan semua kebaikan melabur dalam emas ni okeh!!  Sharing is caring.  (^___^)