welcome sign

Showing posts with label wish-lists. Show all posts
Showing posts with label wish-lists. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Wish-lists 2012

So here goes...tak ikut turutan ye. (^__^)

1.  Menyimpan lebih banyak emas fizikal (gold bar, dinar n barang kemas).
2.  Pass every subject with flying color.
3.  Jadi anak yang solehah.
4.  Saving some money untuk menunaikan umrah or hajj - InshaAllah.
5.  Bawak bekal sendiri ke office.
6.  Bersenam/exercise more.
7.  Jalani gaya hidup sihat @ menjaga kesihatan diri.
8.  Makan lebih banyak buahan & sayuran everyday.
9.  Turunkan at least 500g or 1kg every month. 
10. Banyakkan amalan bersedekah dan berpuasa sunat.
11. Banyakkan beribadah n solat malam - InshaAllah.
12. Banyakkan membaca Al-Quran.
13. Do the right thing.
14. Berjimat cermat dalam perbelanjaan.
15. Etc, etc, etc....nt saya update lagi ye.

Hmm, kalau dilihat dari lists kat atas kebanyakannya lebih kepada kesihatan & rohaniah.  I want to be a better person, not a bitter person.  Semoga Allah perkenankan dan permudahkan segala urusan saya dan anda semua bagi tahun 2012 dan tahun2 yang akan mendatang...aminnnnn.

Friday, December 30, 2011

Bye bye 2011!!

Bye2 2011...apa yang korang dah capai tahun 2011 ni ek?  As for me, byk dalam my wishlists dah tercapai, tp tang turun berat badan je tak menjadi sgt...huhuhuhu...so taun 2012, top priority is to lose lots (tons) of weight!!!  YAKIN BOLEH!!!

Masih terpikir2 apakah wishlist lain for 2012.  Maybe Menyimpan lebih banyak emas (gold bar, dinar, brg kemas),  nak pergi umrah or hajj (inshaAllah jika Allah perkenankan doa-aminnnnn),  nak macam2 lagilah.  Nt saya tulis satu2 okeh (^__^).

Banyak kenangan tahun 2011 ni, yang manis tu okehlah kan, yang mana pahit kelat melukakan hati dan perasaan tu kena let go lah.  Start fresh for this coming 2012.  You can do it, YES you CAN!!  Caiyok2!!  

So all, be ready for 2012!!  Let the fun begin....(^___^)

Tuesday, December 6, 2011

Hello!!

Assalamualaikum n morning everyone!!

Lama sungguh tak menjenguk ke sini (alasan yg sama-saya bz!!) hehehe...Dah masuk new semester dah pun.  Sem ni amik BAB451, BEL499 & FAR400.  Ramai yg cakap FAR400 susah giler@killer paper!!  Betulkah?  Saya mmg tak minat sgt ngan subjek akaun, bagi saya subjek ni mmg sgt susah-payah!! hahaha....

Next month dah masuk tahun baru.  Byk menda dalam wishlists tahun ni yg dah tertunai...syukur alhamdulillah....tp ada se je yg tak brp menjadi...apakah??  Iyeee, betulllll...bab nak turunkan berat badan tu lee...hisyh...ada gak ar penurunan tp tak banyak mana pung...mungkin saya kena berusaha dengan lebih bersungguh2.  (-_-)"

Nt saya sambung cite lagi ye...till then, adios!!

Friday, September 9, 2011

G.O.L.D

Cita-cita and antara wish-lists saya tahun ni adalah membeli GOLD!!  Awal tahun dulu nak beli kijang (emas), tp selepas difikir-fikirkan saya ubah fikiran.  Nak invest dalam gold ni kena ikut kemampuan kita sebenarnya.  Sebab itu saya cuma bermula dengan membuat Maybank Gold Investment Account (bukan emas fizikal ya).  Bukak akaun pun tak banyak mana pun, saya cuma beli 6 gram.  Cukuplah sebagai permulaan untuk saya berjinak2 dalam pelaburan emas ni.  Sebenarnya dapat info tentang pelaburan emas ni sudah lama, tp tiada langkah yang diambil untuk membeli emas (terasa sangatlah rugi, sbb sekarang harga emas melambung tinggi!!).  

Setelah membuka akaun emas di Maybank, saya tertarik dengan emas Public Gold.  Public Gold ada menawarkan emas secara fizikal (gold bar, dinar emas dan barang kemas).  Puas jugak berfikir berkali2 sebelum mengambil keputusan untuk membeli gold bar Public Gold ni.  Akhirnya saya membuat keputusan untuk menjadi dealer Public Gold (kalu nak beli emas silalah beli dengan saya ye!! hehehe...).

Memanglah banyak duit yang terpaksa dikeluarkan untuk menjadi dealer ni, tp saya yakin saya telah membuat keputusan yang tepat.  Why?? Nanti saya akan share dengan semua kebaikan melabur dalam emas ni okeh!!  Sharing is caring.  (^___^)

Thursday, July 28, 2011

Tak sabar

Sekarang pergi kerja guna kereta adik.  Kereta kurap saya dah hantar masuk bengkel.  Banyak gak la berabis duit untuk baiki semula kereta kurap kesayangan saya tuh.  Huhuhuhuhu-pejam mata jeh membayar segala kos2 baik pulih enjin.  Itu baru enjin, belum lagi kos untuk spray semula cat kereta.  Adehhhhh '=(

Tp takpe lah, janji kereta kurap ku itu selamat untuk dipandu dan sedap mata memandang!! Hahahahaha.  Terbeliak gak la mata masa dapat tau kos baiki enjin n kos nak spray cat.  Nak buat macamana kan.  Kereta kurap saya tu dah teruk sangat keadaannya.  Kesian kat kereta kurap saya sbb saya abaikan penjagaannya selama ni.  Harap2 selepas ni saya akan menjaga kereta kurap saya itu dengan sepenuh jiwa n raga.

Cukup tidak sabar untuk melihat kereta kurap ku itu selepas dibaiki nt.  Hehehehe =)

p/s:  Err, nak panggil apa ye kereta kurap saya tu selepas semua kurap2 nya hilang??  Nama tu dah sebati sangat dah dengan kereta tu selama ni...hmmmm

Tuesday, February 22, 2011

15% diskaun!!

Yeay!! Seronok sgt ni.  Dapat perkhabaran gembira tau, hehehe.  Rupanya Yayasan Pahang ada bagi diskaun 15% kepada peminjam yang membuat bayaran baki pinjaman sekali gus.  Wah!! =)

Save a lot of money u.  Cepat-cepat ye, tempoh tawaran adalah terhad!!  Saya dah pun membuat bayaran pada minggu lepas...syukur *wink-wink*

Friday, February 11, 2011

Hari Khamis

Semalam saya cuti, byk hal yang perlu dibuat.  Nak pergi bank rakyat, maybank, cimb, tabung haji, etc.  Fuhhh, byk ni!!  Bangun pagi, had my morning bfast n off to the banks.  Best tau dok kat Pekan ni, hampir sume jenis bank ada (maybank, cimb, tabung haji, bank rakyat, bank islam, ar-rahnu, apa lagi ek?).  Tak payah g kuantan, bleh settle sume menda arini kat pekan ajer...weeeee =)

Kat maybank, as i mentioned on my wish lists earlier;
  1. Bukak buku amanah harta
  2. Simpan dalam pelaburan asb RM30k 
Pastu pergi bank rakyat plak nak langsaikan hutang.  Agak tertekan bila adik kat kaunter tu kata tak bleh buat arini sbb akaun saya kena 'blocked'? WTH?!!  Rupanya standing instruction saya masih floating sbb tu akaun kena blocked.  Pelik sbb saya da bayar through standing instruction 2 minggu lepas. 

Me:  Encik, saya nak bayar arini jugak.  Arini je yang boleh cuti, len hari dah tak bleh datang da.
Encik kaunter:  Maaf ye kak, datang esok bleh tak?  Akaun akak kena blocked ni.
Me:  Lain hari tak bleh encik, saya sibuk.  Arini je yang bos bagi cuti.  Saya bayar je duit yang masih floating tu dgn cash, bleh kan?  Patut bila da byr, akaun clear.  Lagipun, sebelum datang saya dah telefon bank last week n they said i bleh datang bila-bila masa je untuk settle loan.  
Encik kaunter:  O ye ke?  Tp saya da checked, akaun akak kena blocked.
Me:  Hmm, saya telefon last week tadak pulak bank mentioned pasal akaun kena blocked ni.  And i had told them yang saya akan datang minggu ni.  They said bleh bayar kat mana2 cawangan pun. 
Encik kaunter:  Nanti saya call semula bank kuantan.  Tunggu kejap ye.
Me:  Okeh.

(after 10minutes)
Encik kaunter:  Susah kak, saya dah tanya bank kat kuantan.  Tak boleh bayar arini.  Datang semula esok akak ye?
Me:  Pelik la korang ni, saya nak bayar pun tak nak terima ke?? *nada agak keras sbb gerammmm*
Encik kaunter:  Tak boleh kak.  
Me:  Takpe lah, tp saya tak gembira ni.  Tak puas hati.  Sbb saya dah called last week and they said nothing about my account being blocked.  Bagi no telefon bank kuantan, biar saya cakap sendiri dengan pegawai yang berkenaan.

(calling bank kat kuantan)
Me:  Boleh saya bercakap dengan ******?
Kuantan:  Ye, saya.
Me:  My name is *****, im from pekan.  Im calling regarding my loan.  Saya nak bayar tp tak boleh sbb akaun saya kena blocked?  So, what must i do?
Kuantan:  Owh, yang nak bayar pinjaman tu ye.  Bayar esok bleh tak?
Me:  Tak boleh puan, saya nak bayar arini sbb arini je yang saya free.  There's must be something that we can do, rite?  Saya nak bayar arini jugak.  Tell me the best way to deal with this?  Kalu boleh, saya nak settle sume today.
Kuantan:  Hmm, mungkin cik boleh buat surat, and faks kan surat tu ke sini.
Me:  Surat? Surat apa plak? 
Kuantan:  Masuk kan duit dalam akaun simpanan cik dulu.  Then, buat surat kepada bank menyatakan yang duit untuk pinjaman di tolak daripada akaun simpanan.  Tp masih jugak duit tu akan ditolak pada hari esok.
Me:  Ok, janji saya tak perlu datang lagi esok.  So, cukup dengan surat kebenaran tu je la ye?
Kuantan:  Ye, tu aje.
Me:  Okeh, thanks.  Saya buat surat tu sekarang and masuk kan duit tu arini jugak.

Huh, boleh je kan?  Apa pasal tadi kata tak boleh? Sebenarnya there are certain thing yang kita boleh bertolak ansur.  Kalu daripada awal tadi kata kena buat surat kebenaran kan senang!!  Kenapa musti nak customer datang lagi kalu menda tu boleh dibincangkan dan cari jalan penyelesaian yang terbaik for both parties?  Tak paham betul laaaa.  Seb baik adik kat kaunter tu baik.  

Pastu went to CIMB plak, nak kena cancel my standing instruction to bank rakyat.  They said that cancelation tu kena buat sendiri, aiyohhh =(.  Tp takpe sbb CIMB pun dekat jugak, jd saya pun tak kisah sangat.  Pergi kaunter, bgtau nak kansel SI.  Pegawai kat kaunter tu kata kena buat surat n dia tunjuk kan contoh surat yang perlu dibuat.  Amat mudah dan cepat.  No hanky panky stuff.  I loikeee!!. *2 thumbs up* 

Ingat nak pergi tabung haji plak, tp sbb saya tak sihat n rasa mcm nak demam, went to the clinic amik ubat, pastu balik umah.  Telan ubat n tido.  Itulah cerita hari khamis saya.

p/s: Sabtu ni ada tests, arabic n psa.  Tak sempat nak belek buku sbb tak sihat.  '=(

Wednesday, February 2, 2011

Wish-lists 2011

Tahun 2011, bykkkkk sgt wish-lists saya...hehehe...ada yang masih cuba dicapai dan ada yang dah tercapai!! ~YeAy~

Antaranya;
  1. Sambung belajar - DONE!! 
  2. Open maybank gold account - DONE!! (walaupun skit, tp amat bermakna tau...hehehe)
  3. Saving in asb RM30,000 - next week =)
  4. Turunkan lots of weight!!   (-___-)"
  5. Open akaun hartanah maybank - next week =)
  6. Settle loan Yayasan Pahang - next week =)
  7. Settle loan Bank Rakyat - next week =)
  8. Give my mak EXTRA money - on her coming birthday this Feb
  9. Holiday trip with my mak n adik2 ku..(tp tak tau lagi mana mau pigi daaa...)
  10. Repair my kereta kurap!! hahaha
  11. To pass my exam with flying colors!!
  12. etc...etc...etc...(err, sudah tak ingat? nt kena update semula lists ni ye..)
Hmm, kalu tgk semula lists ni, byk yg dah hampir tercapai...sgt GUMBIRA! Satu permulaan & pencapaian yang baik bagi tahun 2011!!