welcome sign

Friday, September 9, 2011

Emas mahal??

Mungkin ramai yang fikir harga emas pada masa ini sangatlah mahal, jadi masing2 nak tunggu harga emas jatuh baru nak buat pelaburan.  Jika anda mempunyai lebihan tunai atau simpanan di bank, saya cadangkan beli emas sekarang sebelum harga semakin tinggi.  

Untuk pelaburan emas fizikal anda tidak perlu mengikut masa yang sesuai, ia kerana emas yang disimpan bukan untuk jangka masa pendek tetapi untuk jangka masa yang panjang.  Jika anda masih belum membuat pelaburan emas, lakukannya sekarang.  Walaupun anda rasa harga emas pada hari ini mahal, tapi percayalah harga emas pada tahun depan adalah lebih mahal dari hari ini.

G.O.L.D

Cita-cita and antara wish-lists saya tahun ni adalah membeli GOLD!!  Awal tahun dulu nak beli kijang (emas), tp selepas difikir-fikirkan saya ubah fikiran.  Nak invest dalam gold ni kena ikut kemampuan kita sebenarnya.  Sebab itu saya cuma bermula dengan membuat Maybank Gold Investment Account (bukan emas fizikal ya).  Bukak akaun pun tak banyak mana pun, saya cuma beli 6 gram.  Cukuplah sebagai permulaan untuk saya berjinak2 dalam pelaburan emas ni.  Sebenarnya dapat info tentang pelaburan emas ni sudah lama, tp tiada langkah yang diambil untuk membeli emas (terasa sangatlah rugi, sbb sekarang harga emas melambung tinggi!!).  

Setelah membuka akaun emas di Maybank, saya tertarik dengan emas Public Gold.  Public Gold ada menawarkan emas secara fizikal (gold bar, dinar emas dan barang kemas).  Puas jugak berfikir berkali2 sebelum mengambil keputusan untuk membeli gold bar Public Gold ni.  Akhirnya saya membuat keputusan untuk menjadi dealer Public Gold (kalu nak beli emas silalah beli dengan saya ye!! hehehe...).

Memanglah banyak duit yang terpaksa dikeluarkan untuk menjadi dealer ni, tp saya yakin saya telah membuat keputusan yang tepat.  Why?? Nanti saya akan share dengan semua kebaikan melabur dalam emas ni okeh!!  Sharing is caring.  (^___^)

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

p/s:  Berhati-hati di jalan raya, okeh!!

Monday, August 15, 2011

Pose & Raya

Sedar tak sedar sudah 15 hari kita semua berpuasa.  Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih dipanjangkan umur dan kesihatan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.  15 hari lagi kita semua akan berhari raya plak.  Haisyhhhh, cepat sungguh masa berlalu kan.  Hmmm, cane persiapan raya kali ni?  Musti semua sudah ready.  Hahahaha, kena buat checklist ni takut ada yang tertinggal.  Itu pun dah byk kali adik2 buat 'reminder' kat saya ni ha.  

1.  Baju raya kaler hijau - checked.
2.  Kuih raya - checked.
3.  Duit raya nak kasik mak - checked.
4.  Duit raya nak kasik adik2 - checked.
5.  Rambut raya - lum lagi ni...huhuhu (mcm tade bajet je nak wat rambut kali ni)
6.  Order satay - checked. (yang ni selalu di'remind' oleh adik2 ku, mahal gak weh - 60 posen secucuk!!!)
7.  Apa lagi ek?? rasa mcm banyak lagi menda tak buat ni....

p/s:  Selamat menjalani ibadah puasa & selamat hari raya semua!!! (^___^)

Thursday, July 28, 2011

Tak sabar

Sekarang pergi kerja guna kereta adik.  Kereta kurap saya dah hantar masuk bengkel.  Banyak gak la berabis duit untuk baiki semula kereta kurap kesayangan saya tuh.  Huhuhuhuhu-pejam mata jeh membayar segala kos2 baik pulih enjin.  Itu baru enjin, belum lagi kos untuk spray semula cat kereta.  Adehhhhh '=(

Tp takpe lah, janji kereta kurap ku itu selamat untuk dipandu dan sedap mata memandang!! Hahahahaha.  Terbeliak gak la mata masa dapat tau kos baiki enjin n kos nak spray cat.  Nak buat macamana kan.  Kereta kurap saya tu dah teruk sangat keadaannya.  Kesian kat kereta kurap saya sbb saya abaikan penjagaannya selama ni.  Harap2 selepas ni saya akan menjaga kereta kurap saya itu dengan sepenuh jiwa n raga.

Cukup tidak sabar untuk melihat kereta kurap ku itu selepas dibaiki nt.  Hehehehe =)

p/s:  Err, nak panggil apa ye kereta kurap saya tu selepas semua kurap2 nya hilang??  Nama tu dah sebati sangat dah dengan kereta tu selama ni...hmmmm

Konvo

Esok saya cuti, kena menghantar adik untuk menghadiri konvo.  Hmmm apa lagi yang belum dibuat ye, servis kereta sudah, booked homestay pun sudah, takut jugak ada menda yang terlepas pandang.

Doakanlah ye semoga perjalanan kami selamat pergi dan pulang.  Aminnnnnn =)

Tuesday, July 5, 2011

Kelas Mekap

Last saturday, saya pergi ke kelas mekap.  Why kelas mekap? Sbb saya tak pandai nak mekap2 ni, basically saya just pakai compact powder or 2-way cake, lipstick and mascara.  Kalu over rajin saya akan pakai blusher.  Itu ajer, simple n tak reti nak apply mekap cantik2 macam artis kat dalam tv tuh.  Dapat tau pasal kelas mekap ni pun sbb ada member opis yang sangat baik hati mengajak untuk pergi bersama-sama.  Suke suke suke (^___^).

Dalam kelas tuh kita diajar tentang tone warna, what kind of color should u put on your face based on your clothes, teknik mekap mata, banyak lagi lah!!  Sebelum ni selepas berbedak saya terus pakai lipstick and baru pakai maskara.  Terbalik duhhhh!!! Hahahaha...Sepatutnya kena pakai foundation to get the flawless skin-pakai compact powder-bentukkan kening-pakai eyeshadow-mascara-blusher-lipstick.  Fuhhhh, banyak step yang saya tak ikut rupanya (patut la mekap tak cantik2...hehehehe).  

Kalu nak belajar mekap selama 2 hari mmg tak cukup.  Yang diajar cuma basic2 thing sahaja.  I had so much fun, nt bleh la bermekap sakan.  *wink-wink*