welcome sign

Tuesday, December 6, 2011

Hello!!

Assalamualaikum n morning everyone!!

Lama sungguh tak menjenguk ke sini (alasan yg sama-saya bz!!) hehehe...Dah masuk new semester dah pun.  Sem ni amik BAB451, BEL499 & FAR400.  Ramai yg cakap FAR400 susah giler@killer paper!!  Betulkah?  Saya mmg tak minat sgt ngan subjek akaun, bagi saya subjek ni mmg sgt susah-payah!! hahaha....

Next month dah masuk tahun baru.  Byk menda dalam wishlists tahun ni yg dah tertunai...syukur alhamdulillah....tp ada se je yg tak brp menjadi...apakah??  Iyeee, betulllll...bab nak turunkan berat badan tu lee...hisyh...ada gak ar penurunan tp tak banyak mana pung...mungkin saya kena berusaha dengan lebih bersungguh2.  (-_-)"

Nt saya sambung cite lagi ye...till then, adios!!

Monday, September 12, 2011

Membeli dan melabur dalam EMAS

Bilakah waktu yang paling sesuai untuk membeli emas?

Sebenarnya, tiada waktu khusus untuk kita membeli EMAS.  Jika anda ada modal terus beli.  Jika ketika itu harga emas mahal, emas tu anda simpan.  Jika harga emas rendah, anda boleh pajakan emas tersebut di ar rahnu dan  dapatkan tunai.  Duit tunai tersebut anda guna untuk membeli emas pada harga yang murah.  Jika harga emas naik dan anda telah mendapat keuntungan, anda jual emas anda tersebut dan tebus semula emas yang telah anda pajakan.

Bilakah waktu yang paling sesuai untuk memulakan pelaburan emas?

Untuk memulakan pelaburan emas langkah utama yang perlu anda buat ialah, BELI EMAS!!  Setelah itu anda gunakan sedikit duit anda untuk membuat pelaburan ILMU.  Beli buku berkaitan pelaburan emas, hadiri seminar berkenaan pelaburan emas dan sentiasa bertanya orang yang arif tentang pelaburan emas.  Laburkan sedikit masa anda untuk mencari maklumat di dalam internet berkenaan pelaburan emas dan anda juga boleh menyertai forum berkaitan pelaburan emas.

Sumber dari rahsiagold.com

ASB vs EMAS

Saya akan cuba menerangkan seobjektif mungkin mengenai kedua-dua pelaburan ini dan anda boleh membuat keputusan pelaburan mana yang lebih baik.  Kita lihat dahulu prestasi pelaburan ASB dan Emas untuk tiga tahun.  Saya mengambil data pada tarikh terakhir pelaburan emas dan data yang dikeluarkan Amanah Saham.

ASB
2007: +8 sen, bonus 1 sen atau 9%
2008: +7 sen, bonus 1.75 sen atau 8.75%
2009: +7.3 sen, bonus 1.25 sen atau 8.55%
total = +26.3%

Emas
2007: +$201.75/oz atau 31.92%
2008: +$36.00/oz atau 4.31%
2009: +$217.75/oz atau 25.04%
total = +61.27%

Perbezaan antara kedua-duanya: 34.97% atau 2.3 kali ganda perbandingan.  Performance kedua-duanya dibandingkan di atas.

Emas secara average 2.3 kali ganda lebih baik.  Walaupun ASB dikatakan mempunyai risiko lebih rendah, tetapi emas tidak memberi pulangan negatif sehingga 2010.  Walaupun harga emas kadangkala turun mendadak, ianya kerana orang ramai mengambil keuntungan daripada kenaikan harga.

p/s:  credit to rahsiagold.com =)

Friday, September 9, 2011

Emas mahal??

Mungkin ramai yang fikir harga emas pada masa ini sangatlah mahal, jadi masing2 nak tunggu harga emas jatuh baru nak buat pelaburan.  Jika anda mempunyai lebihan tunai atau simpanan di bank, saya cadangkan beli emas sekarang sebelum harga semakin tinggi.  

Untuk pelaburan emas fizikal anda tidak perlu mengikut masa yang sesuai, ia kerana emas yang disimpan bukan untuk jangka masa pendek tetapi untuk jangka masa yang panjang.  Jika anda masih belum membuat pelaburan emas, lakukannya sekarang.  Walaupun anda rasa harga emas pada hari ini mahal, tapi percayalah harga emas pada tahun depan adalah lebih mahal dari hari ini.

G.O.L.D

Cita-cita and antara wish-lists saya tahun ni adalah membeli GOLD!!  Awal tahun dulu nak beli kijang (emas), tp selepas difikir-fikirkan saya ubah fikiran.  Nak invest dalam gold ni kena ikut kemampuan kita sebenarnya.  Sebab itu saya cuma bermula dengan membuat Maybank Gold Investment Account (bukan emas fizikal ya).  Bukak akaun pun tak banyak mana pun, saya cuma beli 6 gram.  Cukuplah sebagai permulaan untuk saya berjinak2 dalam pelaburan emas ni.  Sebenarnya dapat info tentang pelaburan emas ni sudah lama, tp tiada langkah yang diambil untuk membeli emas (terasa sangatlah rugi, sbb sekarang harga emas melambung tinggi!!).  

Setelah membuka akaun emas di Maybank, saya tertarik dengan emas Public Gold.  Public Gold ada menawarkan emas secara fizikal (gold bar, dinar emas dan barang kemas).  Puas jugak berfikir berkali2 sebelum mengambil keputusan untuk membeli gold bar Public Gold ni.  Akhirnya saya membuat keputusan untuk menjadi dealer Public Gold (kalu nak beli emas silalah beli dengan saya ye!! hehehe...).

Memanglah banyak duit yang terpaksa dikeluarkan untuk menjadi dealer ni, tp saya yakin saya telah membuat keputusan yang tepat.  Why?? Nanti saya akan share dengan semua kebaikan melabur dalam emas ni okeh!!  Sharing is caring.  (^___^)

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

p/s:  Berhati-hati di jalan raya, okeh!!

Monday, August 15, 2011

Pose & Raya

Sedar tak sedar sudah 15 hari kita semua berpuasa.  Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih dipanjangkan umur dan kesihatan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.  15 hari lagi kita semua akan berhari raya plak.  Haisyhhhh, cepat sungguh masa berlalu kan.  Hmmm, cane persiapan raya kali ni?  Musti semua sudah ready.  Hahahaha, kena buat checklist ni takut ada yang tertinggal.  Itu pun dah byk kali adik2 buat 'reminder' kat saya ni ha.  

1.  Baju raya kaler hijau - checked.
2.  Kuih raya - checked.
3.  Duit raya nak kasik mak - checked.
4.  Duit raya nak kasik adik2 - checked.
5.  Rambut raya - lum lagi ni...huhuhu (mcm tade bajet je nak wat rambut kali ni)
6.  Order satay - checked. (yang ni selalu di'remind' oleh adik2 ku, mahal gak weh - 60 posen secucuk!!!)
7.  Apa lagi ek?? rasa mcm banyak lagi menda tak buat ni....

p/s:  Selamat menjalani ibadah puasa & selamat hari raya semua!!! (^___^)