welcome sign

Thursday, July 28, 2011

Tak sabar

Sekarang pergi kerja guna kereta adik.  Kereta kurap saya dah hantar masuk bengkel.  Banyak gak la berabis duit untuk baiki semula kereta kurap kesayangan saya tuh.  Huhuhuhuhu-pejam mata jeh membayar segala kos2 baik pulih enjin.  Itu baru enjin, belum lagi kos untuk spray semula cat kereta.  Adehhhhh '=(

Tp takpe lah, janji kereta kurap ku itu selamat untuk dipandu dan sedap mata memandang!! Hahahahaha.  Terbeliak gak la mata masa dapat tau kos baiki enjin n kos nak spray cat.  Nak buat macamana kan.  Kereta kurap saya tu dah teruk sangat keadaannya.  Kesian kat kereta kurap saya sbb saya abaikan penjagaannya selama ni.  Harap2 selepas ni saya akan menjaga kereta kurap saya itu dengan sepenuh jiwa n raga.

Cukup tidak sabar untuk melihat kereta kurap ku itu selepas dibaiki nt.  Hehehehe =)

p/s:  Err, nak panggil apa ye kereta kurap saya tu selepas semua kurap2 nya hilang??  Nama tu dah sebati sangat dah dengan kereta tu selama ni...hmmmm

Konvo

Esok saya cuti, kena menghantar adik untuk menghadiri konvo.  Hmmm apa lagi yang belum dibuat ye, servis kereta sudah, booked homestay pun sudah, takut jugak ada menda yang terlepas pandang.

Doakanlah ye semoga perjalanan kami selamat pergi dan pulang.  Aminnnnnn =)

Tuesday, July 5, 2011

Kelas Mekap

Last saturday, saya pergi ke kelas mekap.  Why kelas mekap? Sbb saya tak pandai nak mekap2 ni, basically saya just pakai compact powder or 2-way cake, lipstick and mascara.  Kalu over rajin saya akan pakai blusher.  Itu ajer, simple n tak reti nak apply mekap cantik2 macam artis kat dalam tv tuh.  Dapat tau pasal kelas mekap ni pun sbb ada member opis yang sangat baik hati mengajak untuk pergi bersama-sama.  Suke suke suke (^___^).

Dalam kelas tuh kita diajar tentang tone warna, what kind of color should u put on your face based on your clothes, teknik mekap mata, banyak lagi lah!!  Sebelum ni selepas berbedak saya terus pakai lipstick and baru pakai maskara.  Terbalik duhhhh!!! Hahahaha...Sepatutnya kena pakai foundation to get the flawless skin-pakai compact powder-bentukkan kening-pakai eyeshadow-mascara-blusher-lipstick.  Fuhhhh, banyak step yang saya tak ikut rupanya (patut la mekap tak cantik2...hehehehe).  

Kalu nak belajar mekap selama 2 hari mmg tak cukup.  Yang diajar cuma basic2 thing sahaja.  I had so much fun, nt bleh la bermekap sakan.  *wink-wink*

Thursday, June 30, 2011

Muhasabah diri

Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
 
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.  Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
 
Surah Al-Baqarah, ayat 216.

Wednesday, June 29, 2011

Gumbira

Cite lama, dah basi dah pun...tp tak kira, nak share jugak kat sini.  Saya LULUS peksa!! ~YeaY~

Rasa sangat2 gumbira n senang hati.  Walaupun byk menda yang berlaku lately tp sungguh ku tak sangka, dalam kekusutan melanda bleh jugak lulus peksa aritu.  Syukur pada mu ya Allah.  Masa tgh exam aritu saya sangatlah tak sihat, ntah macamana pinggang tersalah urat.  Seksanya tuhan ajer yang tahu.  Sbb tak tahan sangat sakit so saya kena injected, TWICE!! Uwaaaaa....Tak sempat  study pun nak cover sume chapter untuk exam.  Masa jawab peksa pun sangat tidak selesa.  

Jadi saya bernazar, kalu lulus exam saya akan berpuasa tanda bersyukur.  Alhamdulillah, Allah kabulkan permintaan saya dan skrg ni tgh puasa nazar lah ni.  Hari ni sudah masuk hari yang ke-6.  Four more days to go.  Kalu nak tahu, puasa nazar adalah puasa yang paling mencabar keimanan.  Banyak dugaan n rintangan masa puasa nazar ni.  Tp takpe, inshaAllah saya akan tunaikan nazar saya.  

Caiyokkkk!!! 

Tuesday, May 24, 2011

Sabar

Semalam saya terbaca majalah solusi yg dibeli oleh adik saya.  Hmmm, bagus isi kandungan majalah ni.  Ada beberapa ungkapan/ayat yang saya suka - Marah itu Mudah, Sabar itu Indah dan Sabarlah dalam bersabar. 

Isu yang dibincangkan pada keluaran kali ini adalah SABAR.  Bagaimana untuk mengawal diri daripada amarah, bagaimana untuk belajar bersabar, dan mcm2 lagilah.  Kepada sesiapa yang sukar untuk mengawal kemarahan dan bersabar, sila beli majalah ini ye...hehehe....Hakikatnya, mmg sukar untuk mengawal emosi dan bersabar apabila ada ujian atau musibah yang menimpa kita.  Semua persoalan tentang ini dikupas dan dibincangkan dengan mendalam dalam majalah solusi ni.  Soalan yang sentiasa dibangkitkan adalah - Mengapa aku yang ditimpa masalah? Kenapa Allah menguji aku sebegini rupa?  Apakah kesalahan yang telah aku lakukan sehingga berat benar ujian yang melanda?  Hmm, jawapan yang diberi - Sebagai makhluk ciptaan Allah, kita sebenarnya layak untuk diberi ujian, tidak kira bagaimana bentuk ujian Allah itu.  Kita ini hanyalah hamba kepadaNya, maka redhalah dengan segala bentuk ujian atau musibah yang menimpa.  Allah lebih mengetahui perkara yang ghaib itu, sedangkan kita tidak. 

Tiba2 saya terasa betapa kerdil sangat diri ini.  Betapa sebenarnya Allah itu sangat menyayangi hambaNya dan dengan itu diberi setiap satu daripada kita dengan ujian dan musibah untuk kita sentiasa dekat denganNya.  Oleh itu, janganlah kita cepat melatah, menyalahkan takdir dan sebagainya.  Sesungguhnya, orang yang banyak bersabar itu balasannya adalah syurga.  Aminnnn....

Monday, May 23, 2011

S E P I

Dah lama rasanya tak menulis di blog ni, sangat sibuk la kononnya.  Sibuk ngan exam, sibuk ngan kerja, sibuk melayan perasan (-_-"), macam2 lah.  Banyak perkara yang hendak di share, tp ntahlah??  Saya bukan nya jenis yang suka sangat berkongsi perasaan ni (kongsi cite2 yg ntah apa2 saya suka lah....huhuhu).

Sekarang jiwa ini sangat S E P I.  Bila rasa mcm ni mula lah layan lagu jiwang yg ntah apa2 tuh.  Saya ni bukan la pulak jenis yang jiwang karat.  Tp bila dah jiwa kacau melanda, menda yang kita tak biasa buat pun kita tak sedar akan dibuat kan?  Korang pernah tak alami perasan macam ni?  Hmmm...

Sepi hati terjadi lagi....
Mungkin sampai mati aku S E P I....
-skrg dok layan lagu Sepi dari Yuni Shara-